Monday, 1 September 2014

pengalaman:pengharapan..

Semalam terjadinya satu peristiwa yang benar2 menghentak jiwaku,sewaktu berjumpa seorang pak cik,
 Pak cik jamil.
Ketika berjumpa dengan pak cik jamil,melihat wajah dan tubuhnya .cukup menggambarkan segala kesakitan yang dialaminya.
Matanya kekuningan,tangannya bengkak , bertongkat dan lemah sekali suaranya ketika berbicara.

Sayu sekali.

Namun ketika berborak dengannya, tahulah aku bahawa dahulu dia seorang yang ceria.ayahku cakap bahawa dia dahulu,selalu lepak di bilik ayahku semasa di upm dulu, rajin cakap,ceria dan aktif orangnya.ayahku juga memberitahu bahawa dia juga dulunya seorang pemain ragbi yang hebat.

Tetapi,benarlah pesan rasul s.a.w,ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua,kaya sebelum miskin , lapang sebelum sempit dan yang paling penting,hidup sebelum mati..

Berjumpa dengannya membuat ku tersedar,tua dan sakit itu pasti akan dihadapi setiap manusia.namun , sebagai hamba Allah,pengharapan agar dikurniakan kematian yang baik perlu ada pada setiap manusia.kerana apabila kita berharap,kita akan berusaha,dan Allah lihat pada usaha,insya allah

Akhir perbualan ketika menghulurkan salam,beliau berkata,"insya allah kalau umur panjang jumpa lagi" kemudian dia menciumku di pipi.
Tersentak.
Kemudian , aku membalas"insya allah cik,pak cik doakan saya ye."

Harap dan doa,rutin seorang hamba.

No comments:

Post a Comment